Plaster Dinding

Klik sini untuk pautan post di Facebook kami.

Jomm tambah pengetahuan !

Hari ini,  kita belajar sikit tentang PLASTER atau LEPAAN DINDING. Plaster atau Pelepaan dinding boleh dibuat selepas siap ikat bata. Seeloknya selepas pasang atap ketika keadaan redup sedikit. 

Mengapa?? 🤔

Jika tak pasang atap terlebih duhulu, keadaan cuaca panas akan buat plaster dinding retak atau merekah. 

Plaster ada dua jenis:✌🏻

1) Kasar

Kasar biasanya pada dinding sebelah luar atau dinding yang hendak di pasang tile (bilik air/dapur). Bancuhan simen plaster kasar dibuat menggunakan mixer atau bancuh sendiri (menggunakan tangan). Bancuhan  simen, pasir halus dan air, bancuh sampai jadi macam bubur.

2) Licin 

Plaster licin biasanya untuk ruang dalam rumah. Plaster licin dilakukan selepas plaster kasar (kerjaan kedua). Komposisi bancuhan adalah kapur dan simen sahaja. Bancuh sampai jadi halus macam lumpur laut atau kolam.

Belajar sesuatu? Teruskan follow kami untuk belajar asas pembinaan yang baik!

Jom LIKE dan SHARE page Tharwa Builders untuk mengikuti info dan tips menarik tentang pembinaan dan perkembangan kerja-kerja THARWA BUILDERS!

Follow kami juga.

Instagram | YouTube | Twitter

Terima Kasih 😊

Scroll to Top