Besi oh Besi!

Klik sini untuk pautan post ini di Instagram kami.

Ada satu kisah, mengenai seorang tuan rumah yang tidak dapat menghubungi kontraktor lama rumahnya. Beliau lalu menghubungi Tharwa Builders dan meminta kami untuk menyambung kerja kontrantor yang cabut lari berkenaan. Kami meneliti renovation yang separuh siap tu. Sangat kesal melihat,

  • dengan tiada proper foundation,

  • guna besi link (R6) buat tiang rumah,

  • buat renovation tak sambung besi asal rumah,

  • tak tengok kekuatan besi asal rumah,

  • tak cari proper advice from civil engineers, etc.

Bukan Tharwa Builders tak mahu tolong. Tapi kami bimbang dengan kekukuhan rumah tersebut. Bagaimana jika kami terima untuk sambung kerja pembinaan. Semasa pembinaan pula berlaku  crack, mendap dan runtuh?? Adakah kami akan dipersalahkan?

“Kalau Akak mahu kami sambung kerja, Tharwa Builders akan runtuhkan semuanya dan kami akan bina semula dari awal”.

Tuan rumah terus naik angin dan berlalu.

Moral of the story;

Nak buat rumah perlu ada expertise dari segi teknikal, besi apa nak pakai, kekuatan besi & konkrit, jarak beam yang betul, foundation macam mana, tiang nak letak dekat mana, concrete grade mana sesuai, etc. Bukan tangkap muat saja sebab nak cost murah. Lebih lagi sekarangharga besi dah naik melepasi RM3,500 se tan pada tahun 2022.

Pesanan kami, mohon anda untuk berhati-hati. Tidak semua kontraktor mempunyai ilmu yang tepat  dan jujur untuk membina rumah. Harap anda belajar sesuatu dari kisah ini!

Our Safety comes 1st! #MenyesalKemudianTiadaGuna

Jom LIKE dan SHARE page Tharwa Builders untuk mengikuti info dan tips menarik tentang pembinaan dan perkembangan kerja-kerja THARWA BUILDERS!

Follow kami juga.

Instagram | YouTube | Twitter

Terima Kasih 😊

Photo by Dakota Roos on Unsplash

Scroll to Top